Angin yang berlalu
Membawa bersama dinginnya udara
Menari sang rumput
Menemani irama kekeringan daun yang berlagu
Di tengah ladang yang luas
Berdiri pondok itu sendiri
Tegap memandang keindahan alam semula jadi
Menjaga kesuburan tanaman
Memerhatikan keindahan alam
Awan yang sentiasa berlalu di situ
Menandakan bumi sentiasa berputar
Kebiruan langit di sana
Membuat bumi menjadi indah
Aku cuba melihat
Keindahan dunia
Ingin menikmati ciptaan Tuhan
Ladang yang luas terbentang
Bak potret hijau kebiru-biruan
Ku cuba membayangkan
Diriku berada di tengah ladang
Berlari tanpa henti
Seperti hidup ku ini
Yang sedang aku lalui
Bumi yang sentiasa dipijak
Memang luas sebenarnya
Tetapi di mana penghujungnya
Di mana pula permulaannya
Ia sentiasa berputar
Masih jauh lagi perjalanan
Masih luas lagi harus ku jelajah
Namun aku hanya dapat membayangkan
Kerana aku tidak dapat melihat
Walaupun aku diberi anugerah Tuhan
Sepasang mata yang tidak sempurna
Aku masih tetap bersyukur
Kerana hidupku masih luas untuk aku bernafas
Tiada cahaya yang singgah di mataku
Hanya kegelapan yang menemaniku
Namun aku bahagia
Kerana aku hanya membayangkan keindahan
Dan tidak menyaksikan keburukkan
No comments:
Post a Comment