Saturday, March 17, 2012

Dicipta Untukmu

Titisan air hujan yang jatuh
Menimpa bumi yang dipijak
Tanah yang kering
Disirami manik-manik hujan yang turun
Masih lagi aku disini
Menanti kan kehadiranmu

Tidak tahu bagaimana harus aku
Katakan kepadamu
Apa sebenarnya
Yang terlintas dihatiku ini
Mungkin keinsafan
Tetapi tiada sedar

Ingin sekali aku meluahkan
Tetapi aku tidak mampu berkata
Atau aku tidak mahu

Aku keliru
Kemana arah tujuan ku
Kadangkala aku terasa lemah
Tetapi akhirnya ku kuat
Namun masih ada sembilu

Apa sebenarnya erti hidup ini
Pabila aku merasa kosong
Aku lalui jalan yang berduri

Namun di mana kepuasan hidup
Aku menahan sebak didada
Aku tersenyum dikala duka
Apa yang tersirat dihatiku ini
Aku sendiri tidak memahami

Ingin ku turut kata hati
Berlari jauh dari sini
Tetapi sejauh mana harus ku lari
Berapa besarkah bumi ini

Benarkah kiraan ku
Hidup hanya sementara
Pabila ku lihat wajahmu
Aku sedar
Tidak kekal kita selamanya

Kau telah lama menjadi puteri hatiku
Tempat ku merayu
Mengadu nasibku

Kelembutan tanganmu
Keindahan senyummu
Tidak dapat lagi aku lihat sebegitu
Mungkin
Hanya didalam khayalan
Atau mimpiku

Usahlah kau bersedih
Tenanglah dikau disana
Sesungguhnya aku sentiasa berdoa
Dan menziarahimu di tanah
Yang telah aku buatkan dapurmu

Memang ingin sekali aku menangis
Tetapi hidup harus ku teruskan
Kini ibu
Aku akan menunaikan hajatmu
Untuk pergi jauh
Dari tempat yang kita berada.

No comments:

Post a Comment