Saturday, September 29, 2012

Biar matahari tidak bahang
Biar angin tidak kencang
Pabila mata melihat ke atas
Ku lihat burung terbang bebas

Ingin sekali aku merasakan
Berterbangan di atas awan
Melihat kehijauan dunia
Yang tiada penghujungnya

Jika hidup ku seperti burung
Tidak mahu aku dikurung
Kebebasan aku mahukan
Untuk terbang tanpa arah tujuan

Biar sayap ini membawaku
Sehingga hilang tenagaku
Kerana aku ingin menterjah dunia
Sebelum akhir usia