Saturday, September 29, 2012

Biar matahari tidak bahang
Biar angin tidak kencang
Pabila mata melihat ke atas
Ku lihat burung terbang bebas

Ingin sekali aku merasakan
Berterbangan di atas awan
Melihat kehijauan dunia
Yang tiada penghujungnya

Jika hidup ku seperti burung
Tidak mahu aku dikurung
Kebebasan aku mahukan
Untuk terbang tanpa arah tujuan

Biar sayap ini membawaku
Sehingga hilang tenagaku
Kerana aku ingin menterjah dunia
Sebelum akhir usia

Tuesday, March 27, 2012

Dua insan sedang bercinta
Namun kedua-duanya mempunyai kekasih hati
Saling bercinta antara sesama
Saling memerlukan

Apakah akan terjadi?
Mereka mempunyai kekasih
Namun kedua-duanya mahu bersama
Apakah ini cinta?

Aku takot pabila aku merenungkannya
Jika cinta bertepuk sebelah tangan
Aku lebih rela menghadapinya
Aku tidak tahu apa akan ku rasa
Jika kau juga seperti mereka

Hatiku terasa amat sedih dan pedih
Pabila ku terkenangkan kisah mereka
Aku pernah melaluinya
Kekasihku yang berubah hati

Aku takot
Takot ia akan terjadi lagi

Sunday, March 25, 2012

Disaat aku mencelikkan mata
Aku berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa
Meminta keampunan atas dosa dosa ku
Dan bersyukur atas nafas yang dipinjamkan kepada ku

Kemudian aku teringat padamu
Aku mengangkat kedua tangan ku kembali
Aku memohon kepada Illahi
Ya Tuhanku,
Andai dia bukan untuk ku
Biarkanlah dia pergi dari hati ini
Andai dia bukan untuk ku
Berikanlah aku kekuatan untuk melupakannya
Tetapi jika dia untuk ku
Berikanlah aku sinar harapan
Jika dia untuk ku
Berikanlah dia peluang untuk menunjukkan segala-galanya

Tetapi Ya Tuhanku
Jika memang benar hatinya untuk ku
Kau berikanlah dia peluang untuk mendekatimu
Sebelum dia melafaz kalimah indah kepadaku

Hari demi hari
Bermacam soalan yang berlalu di minda ku
Namun kesemuanya tiada jawapan
Aku menanti demi hari
Tiada jawapan yang pasti

Aku masih di sini
Aku masih menanti
Ya Tuhanku
Bilakah saatnya
Bila akan semua ini terjawab
Aku masih menunggu
Dan masih setia menanti

Saturday, March 17, 2012

Mungkin


Mungkin di sini
Berakhirnya cerita kita
Setiap detik bersama
Didalam suka dan duka
Aku sudah melupakannya
Semua hanyalah sejarah

Aku sering terfikirkan mu
Merinduimu
Walaupun engkau
selalu menghampakan ku
Jiwa dan raguku
ku serah padamu
Namun tak sekalipun
tidak kan pernah berjaya
apa yang kau inginkan
dari diriku
semua cinta yang ada
kuberikan kepadamu
kekasih aku tk bisa
jalani hidup sendirian tanpamu
itu kataku dulu
tetapi sekarang aku berubah
tiap manusia akan mula sedar
kepritan yang lama
tak ingin ku tempuhi lagy
cukup sudah ku merana
setiap kali ku
mengingati dirimu

Adakah Ini Cinta

Seluruh tubuh badan disirami air hujan
Berdiri aku sendiri di tengah padang
Menangis hati menginginkan dirimu

Tetapi aku tahu
Dirimu, bukan milikku lagi
Mungkin takdir yang memisah kan kita

Mengingat kembali
Derita yang telah aku lalui
Tiba tiba kaki ku berdiri

Setegap tiang
Sekuat besi
Begitu lah rasanya kakiku yang sedang berdiri

Entah mengapa
Aku berasa kuat tiba tiba
Jangan dikatakan air mataku berhenti
Malah senyuman terukir di bibir

Aku tahu
Pernah suatu hari itu
Aku berdoa kepada Illahi
Semoga yang hanya benar benar mencintai ku
Akan menunggu diriku
Walaupun bertahun tahun lamanya

Aku tahu
Ini suatu petunjuk bagi ku
Mungkin cintamu memang bukan untukku

Sejarah yang berlalu
Mengajar kan aku erti cinta sebenarnya
Betul kata orang
Jika cinta itu buta
Kesalahan juga akan terpadam

Tetapi
Engkau nampak kesalahanku
Engkau ungkit semuanya kembali

Bukan kah itu bermakna kamu tidak cinta
Kerana jika kamu cinta kepadaku
Engkau akan buta

Pernah suatu ketika
Kau berjanji padaku

Ingin menunggu ku
Walaupun bertahun lamanya
Tetapi di mana janji mu
Tidak pernah kau pegang pada janji itu

Ingat kah engkau
Empat bulan hati ku ini bersabar
Hanya untuk menerima kesedihan ini lagi
Kesedihan yang berulang
Tanpa ku duga

Setiap manusia membuat kesilapan
Dan kesilapan aku terletak di depan mata
Ketika aku mencintai mu

Benar
Aku cinta
Kerana setiap kesilapan mu
Kabur di hadapan mataku

Ketika aku sedang berdiri tegap di tengah ladang
Matahari pula menunjukkan dirinya

Untuk aku
Ini permulaan baru
Sejarah hidup ku dulu
Ditutup semua buku

Aku tidak akan mengingati mu kembali
Dan aku tahu
Kau tak akan lagi mencari aku

Jika kau gagal dengan cinta yang telah kau kecapi
Ingat lah pada suatu hari dulu pernah kau melukakan hati
Seseorang yang amat setia dan menyayangimu
Tetapi dikecewakan akibat tidak kesetiaanmu

Tetapi aku akan sentiasa berdoa
Agar kau mendapat bahagia
Biar hatimu bukan millikku
Tetapi setiap insan di dunia ini
Berhak untuk memilikki cinta

Cinta yang sejati
Adalah ikhlas dari lubuk hati
Setiap yang dilakukan untuk cinta
Tidak akan diungkit kembali

Jika ada cinta yang sejati
Ia hanya untuk Illahi
Kerana cinta kita kepadaNYA
Akan kekal selama lamanya

Cahaya

Setapak demi setapak
Aku lalui jalan yang gelap ini
Hati ku masih berdebar
Di manakah akhirnya

Seram mula menyelubungi diriku
Berdiri semua bulu romaku

Hanya kegelapan yang memeluk tubuhku
Tiba-tiba
Angin deras menyapa pipiku

Aku berhenti kaku di situ
Jiwa ku terasa
Seperti ada sepasang mata yang memerhati

Keberanian ku tanam di dalam jiwa
Ku menoleh
Tetapi tiada bayangan

Aku cuba melangkah lagi
Harus aku habiskan apa yang telah ku mulakan
Cuma aku berharap
Ada cahaya di penghujungya

Jalan yang gelap semakin sempit
Terasa dinding itu menyepitku

Di saat mataku menangkap sebuah cahaya
Hati yang mula berlonjak tetiba terasa takut

Benar
Seharusnya aku gembira
Kerana aku ingin melihat cahaya di dalam kegelapan itu

Tetapi kini
Ada dua cahaya yang ku lihat

Aku keliru

Cahaya yang putih itu
Atau
Cahaya yang merah
Harus aku tuju

Suatu suara tetiba menyapa
Gegendang telinga ku cuba mengenali suara itu

"Pilihlah kamu
Diantara dua
Satu adalah kebaikan
Satu adalah keburukkan
Andai kamu telah memilih
Akan cahaya itu menyuluh jalan hidupmu
Cahaya itu akan menemani sepanjang perjalananmu"

Haruskah aku memilih yang putih
Atau yang merah

Mahukah aku hidup dalam keterangan merah
Yang akan menyakitkan mata

Sedangkan putih akan menerangkan segala yang ada
Aku keliru

Curahan Hati

Hatiku hancur saat aku melihat mu
Terbayang aku kata kata yang pedih itu
Jika dia yang berada dihatimu
Akan ku undurkan diriku

Aku bukan sesiapa disisimu
Aku tidak juga hadir dalam hidup mu
Akan ku telan semua penderitaan
Sehingga titik pengakhiran

Mungkin engkau tidak merasakan
Rasa hati yang ingin ku curahkan
Hanya melalui sajak ku luahkan
Semua rasa hati dan perasaan

Hanya hatimu
Yang hadir dihatiku
Mengapa tidak aku
Yang berada dihatimu

Ini semua dugaan bagiku
Yang sangat perit untukku
Mengapa harus aku melalui semua ini
Bila akhirnya hanya penderitaan yang diberi

Memang ku akui
Ini semua permainan di dunia ini
Tetapi mengapa
Harus aku yang sengsara

Adakah ini namanya cinta
Bukankah cinta itu seharusnya buta
Atau mainan hati
Yang ku tempuhi selama ini

Sajak ini hanya untukmu
Untuk kau yang mencuri hatiku
Hanya ini yang dapat kuluahkan
Untukmu ku curahkan

Dicipta Untukmu

Titisan air hujan yang jatuh
Menimpa bumi yang dipijak
Tanah yang kering
Disirami manik-manik hujan yang turun
Masih lagi aku disini
Menanti kan kehadiranmu

Tidak tahu bagaimana harus aku
Katakan kepadamu
Apa sebenarnya
Yang terlintas dihatiku ini
Mungkin keinsafan
Tetapi tiada sedar

Ingin sekali aku meluahkan
Tetapi aku tidak mampu berkata
Atau aku tidak mahu

Aku keliru
Kemana arah tujuan ku
Kadangkala aku terasa lemah
Tetapi akhirnya ku kuat
Namun masih ada sembilu

Apa sebenarnya erti hidup ini
Pabila aku merasa kosong
Aku lalui jalan yang berduri

Namun di mana kepuasan hidup
Aku menahan sebak didada
Aku tersenyum dikala duka
Apa yang tersirat dihatiku ini
Aku sendiri tidak memahami

Ingin ku turut kata hati
Berlari jauh dari sini
Tetapi sejauh mana harus ku lari
Berapa besarkah bumi ini

Benarkah kiraan ku
Hidup hanya sementara
Pabila ku lihat wajahmu
Aku sedar
Tidak kekal kita selamanya

Kau telah lama menjadi puteri hatiku
Tempat ku merayu
Mengadu nasibku

Kelembutan tanganmu
Keindahan senyummu
Tidak dapat lagi aku lihat sebegitu
Mungkin
Hanya didalam khayalan
Atau mimpiku

Usahlah kau bersedih
Tenanglah dikau disana
Sesungguhnya aku sentiasa berdoa
Dan menziarahimu di tanah
Yang telah aku buatkan dapurmu

Memang ingin sekali aku menangis
Tetapi hidup harus ku teruskan
Kini ibu
Aku akan menunaikan hajatmu
Untuk pergi jauh
Dari tempat yang kita berada.

Dunia, Bumi dan Keindahan

Angin yang berlalu
Membawa bersama dinginnya udara
Menari sang rumput
Menemani irama kekeringan daun yang berlagu

Di tengah ladang yang luas
Berdiri pondok itu sendiri
Tegap memandang keindahan alam semula jadi
Menjaga kesuburan tanaman
Memerhatikan keindahan alam

Awan yang sentiasa berlalu di situ
Menandakan bumi sentiasa berputar
Kebiruan langit di sana
Membuat bumi menjadi indah

Aku cuba melihat
Keindahan dunia
Ingin menikmati ciptaan Tuhan

Ladang yang luas terbentang
Bak potret hijau kebiru-biruan

Ku cuba membayangkan
Diriku berada di tengah ladang
Berlari tanpa henti

Seperti hidup ku ini
Yang sedang aku lalui
Bumi yang sentiasa dipijak
Memang luas sebenarnya
Tetapi di mana penghujungnya
Di mana pula permulaannya
Ia sentiasa berputar

Masih jauh lagi perjalanan
Masih luas lagi harus ku jelajah
Namun aku hanya dapat membayangkan
Kerana aku tidak dapat melihat

Walaupun aku diberi anugerah Tuhan
Sepasang mata yang tidak sempurna
Aku masih tetap bersyukur
Kerana hidupku masih luas untuk aku bernafas

Tiada cahaya yang singgah di mataku
Hanya kegelapan yang menemaniku
Namun aku bahagia
Kerana aku hanya membayangkan keindahan
Dan tidak menyaksikan keburukkan

Irama Ini

Jari jari ku menari
Sambil gitar ini ku petik

Setiap nada berlainan
Apabila dipetik
Alunan irama yang berlagu
Menemani kesepian diriku

Andai engkau mengetahui
Inginnya aku dirimu disisi

Tetapi di mana harus aku mencari mu
Aku buntu
Tiada makna bagi aku jika kau tiada disisi

Aku perlukan dirimu
Aku perlukan nada suaramu
Dirimu ku perlukan untuk menemani lagu ini

Lagu ini ku cipta untukmu
Untuk kau dendangkan
Di hari jadi ku
Tetapi kau hilang

Hilang entah kemana
Meninggalkan aku sendirian
Hanya sebuah gitar menemani kekosonganku

Dan juga, sebuah kek hari jadi
Yang telah kau sediakan
Sebelum kau pergi menghilangkan diri

Tidak ku tiup lilin di atas kek ini
Biarlah ia padam sendiri
Sambil irama ini membelai jiwa
Menyuruh lilin berlari di atasnya

Kau menulis sepucuk surat
Kau meminta maaf padaku

Apa kesalahan mu padaku
Aku tidak mengerti

Duhai ayah
Kembali lah di kau di hari jadi ku
Aku perlukan dirimu
Tiada siapa lagi untuk membimbing diriku ini

Ibu telah lama pergi
Dan kau sajalah harapan aku

Kembali lah dikau
Membawa kasih itu kembali

Kepastian

Paku paku mula menusuk
Seganas kemarahan yang ada

Di mana silapku
Bagaimana harus aku lupakan

Lukanya timbul jua
Darah yang mengalir
Membasahi tubuh

Ku cuba menahannya dengan kain
Tetapi semakin lama
Semakin kain itu berlumuran darah

Bolehkah ia berhenti
Dengan hanya menahan

Haruskah aku menjahitnya
Dan meninggalkan parut yang akan ada selamanya

Ingin aku menyimbarkan
Air yang dingin
Tetapi kepedihan
Akan aku rasakan

Aku cuba sedaya upaya
Untuk cuba menghilangkan
Parut, darah
Semua yang ada

Tetapi siapa mampu melawan takdir
Mungkin telah tersurat
Bahawa aku akan dilukai

Wahai kekasih
Ingin sekali aku meminta maaf
Mengucup tanganmu ingin aku lakukan

Adakah ia silapku
Atau memang sebenarnya kau bukan milikku
Biarlah aku yang mengalah
Namun kebencianmu mengatasi segala

Jika diikutkan ego ku
Sudah lama aku meninggalkan dirimu
Itu bukan aku
Mengunakan kekerasan hati
Tidak akan menyelesaikan segalanya

Aku masih ingin merayu padamu
Hingga satu hari kau memarahi ku
Menyuruh aku pergi buat selamanya

Masa itu
Akan putus segala kelembutan
Akan terlerai semua kemarahan
Akan ku lepaskan usahaku

Aku tidak akan mengejar
Sesuatu yang tidak dapat ku genggam
Sesuatu yang bukan milikku

Dalam situasi kita
Kau tidak berkata apa apa

Aku tidak belajar
Isyarat diam membisu
Itu bukan aku

Aku tidak akan pergi
Selagi aku tidak pasti
Kerana kepastiaan
Amat penting bagi ku

Puncak Itu Milikku

Sekuat guruh di langit
Seluas itu ingin ku pekik
Ingin aku meluahkan segalanya
Yang terbuku di dalam hati

Rimas dengan segala yang berlaku
Adakah ini dugaan
Yang telah membawa kepada kekecewaan

Minda ku berfikir
Mencabar segala yang telah berlaku
Menolak keperitan yang telah berlalu

Aku harus rintangi onak dan duri
Aku harus kuat
Tegap aku berdiri
Menghadap matahari yang kian menyembunyi

Telah ku buktikan
Kegagalanku hanya sementara
Ia singgah untuk aku merasa
Keperitan hidup yang sentiasa ada

Namun ku tepis semuanya
Kini kaki ku masih melangkah
Berlari, mendaki, berjalan
Kepuncak gunung yang aku milikki
Yang tinggi dengan tujuan
Kerana puncak itu, milikku

Setia

Hanya itu yang ku tahu
Hanya itu yang ku beri
Setiap langkah ku lalui
Hanya setia yang menemani

Aku bagaikan kapal di tengah lautan
Yang tidak mempunyai arah tujuan
Ingin ke utara tiada angin pukulan
Ingin ke selatan tiada laluan

Lautan yang besar
Tiada akhirnya
Pantai tidak ku temui
Aku hanya terapung diperairan bumi

Cintaku padamu
Bagaikan lautan itu
Tidak akan terhenti
Tiada pengganti

Kau mencela
Kau menghina
Namun diriku tetap setia

Mungkin mereka akan berkata
Sampai mana boleh aku bawa setia
Tetapi percayalah apa yang ingin ku kata
Jika diizinkan, sehingga ke hujung nyawa

Biarkan Masa, Mengubat Hati

Hatiku hanya ada satu
Dirimu mengisi kokosongan itu
Biarpun hari berlalu
Aku akan setia menanti dirimu

Memang ku tahu
Tiada harapan untuk ku
Tetapi biarlah aku
Menyayangi dirimu

Biarkanlah masa
Berlalu mengubat luka
Andai nya masa mengizinkan
Akan kau aku lupakan

Memang satu tujuan hati
Untuk mencari kekasih hati
Namun aku bertepuk sebelah tangan
Dari jauh akan aku perhatikan

Memang sukar bagiku
Tetapi akan ku cuba melupakanmu
Kekeliruan menjadi pemikiran
Memang aku bertepuk sebelah tangan

Aku sedar siapa diriku
Tidak layak untuk berada di hatimu
Jangan dikatakan rupa
Aku memang tiada apa-apa

Gadis lain menjadi suri hatimu
Biarlah dia yang membahagiakanmu
Akan aku aku menjadi gembira
Melihat kau sentiasa bahagia

Ambillah kata-kata ku
Biarkanlah aku menycintaimu
Pergilah dikau mencari suri hatimu
Biarkan masa berlalu

Hanya Untukmu, Wahai Temanku

Teman dengar kan lah luahan hati ini
Dengar kan lah rintihan hati ku ini
Teman, kaulah yang memberi kan ku senyuman
Engkaulah tempat ku luahkan

Mengertilah apa yang tersirat dihati
Hati kecilku ini kini merayu di dalam sepi
Seandainya aku berterus-terang dari dulu
Tidak akan ada perselisihan faham antara kau dan aku

Engkau ku ibaratkan cahaya yang menerangi hidupku
Saat kau hadir kegelapan tidak menyelubungiku
Namun teman hanya tinggal teman
Tidak lebih daripada yang dipanggilkan, Teman

Memang ku tidak menafikan lagi
Pernah dulu kau ku sukai
Tetapi suka
Tanpa cinta

Engkau banyak membuatkanku sedar
Sedar dari khayalan yang kian beredar
Tetapi anggapan mereka salah
Kerana perhubungan ini tiada cinta

Setiap hari engkau yang kunanti
Kerana engkau semangat ku sepanjang hari
Hanya kau tau siapa diriku
Kerana aku tak pernah menafikan watak ku

Dengarlah wahai dunia
Ingin hatiku berbicara
Tiada apa diantara aku dan dia
Hanya teman tetapi mesra

Mesra tidak bermaksud adanya cinta
Mesra diantara aku dan dia
Cuba kau fahami kata-kata ku ini
Tidak dapat lagi aku tangisi

Tolong lah wahai dunia
Jangan kau hancurkan persahabatan kita
Simpanlah segala kata-kata
Kerana ia hanyalah dusta

Ingin hatiku menerangi
Apa yang telah lama dipendami
Hanya satu lelaki di dalam hati
Dan dia bukan teman ku ini

Seperti yang ku katakan
Cinta tidak hadir dalam perhubungan
Antara aku dan dia
Tidak hadir namanya cinta

Sebak hati ku asyik bertanya
Apa maksud kamu semua
Aku hanya berteman
Dengan si dia yang menjadi idaman

Temanku engkau harus mengerti semua ini
Kerana dia sahaja yang berada dihati ini
Aku tahu kau memahami maksudku
Tiada aku curigai kata-katamu

Temanku aku amat menghargai kehadiranmu
Kerana kau telah membawa seribu erti dalam hidupku
Seandainya kau tahu aku sentiasa bergantung padamu
Akan kah engkau menjadi teman ku

Wahai dunia dan juga temanku
Dengarkanlah rintihan hatiku
Yang telah lama menahan air mataku
Hanya untuk berterus terang kepadamu

Aku tidak mahu kehilangan mu
Kerana engkau adalah teman ku
Maksud ku hanya satu
Terima kasih kerana kau sentiasa menemani ku

Unduran ini

ingin aku mengundur diri
dari cinta yang tidak pasti
akan aku membawa diri
jauh dari sini

kau bagaikan pelita
yang bercahaya
menerangi setiap sudut
dihatiku yang berdenyut

debaran dihati ini
sungguh hebat sekali
namun ini semua terhenti
saat kau menyakiti

hanya sebelah tangan
bertepuk mencari pasangan
menunggu jawapan
namun tiada yang diberikan

berbicara hati ini
hanya melalui puisi
jika kau tahu rahsia hatiku
mungkin kah engkau akan pergi jauh

jauh sudut di lubuk hati ini
masih terpendam rasa kasih
namun semua akan berubah
semua cerita akan diubah

inilah masanya
untuk aku mengundur tanpa ditanya
sebelum aku yang merana
biarlah aku pergi buat selama-lamanya

kau hadir cuma sekali
sekali kau datang dan pergi
ingin sekali aku mendakap mu
tetapi engkau bukanlah milik ku

jika ku diberi kesempatan
tidak akan aku melepaskan
untuk mendakap mu
wahai bintangku

Jernih Mutiara

ingin aku mengundur diri
dari cinta yang tak pasti
kerana ku tahu
hanya aku yang menyayangimu

akan ku pergi
akan aku mengundur diri
tetapi cinta dihati
susah untuk ku lupai

setiap saat ku bersamamu
penuh dengan sembilu
lelah hati ku ini
menanti kan cinta dari hati

namun itu semua sia-sia
kerana aku seorang yang beria-ia
aku hanya bertepuk sebelah tangan
yang penuh dengan angan-angan

aku akan pergi
jauh dari sini
akan aku tinggal kan dirimu
dah tidak menganggumu

cinta
akan aku lepaskan buat selama-lama
bukan kerana aku berputus asa
tetapi kerana aku tidak kuasa

mungkin kau bukan untuk ku
itu suratan yang telah ditulis buat ku
andainya aku bertemu sekali lagi
akan aku lupakan cinta ini

kau hanya tingal kenangan
kenangan yang akan pergi ke awang-awangan
kau bagai kan pelita dalam hidupku
yang menerangi setiap sudut hatiku

jernih mutiara di air kolam
begitulah perasaanku yang mendalam
akan ku simpan ini semua
menjadi sebuah puisi indah

Kerana Engkau

Hanya engkau yang pernah ku rindu
Hanya titisan airmata yang pernah ku luahkan dulu
Andainya kau tau hati dan perasaanku
Dapatkah kau merasakan kesengsaraanku

Apakah lagi yang harus aku lakukan
Tidak mampu lagi aku meluahkan
Kau ibarat permata hati
Yang menghiasi ruang yang kosong ini

Adakah aku seorang yang merasai
Debaran yang ku alami selama ini
Engkau ku nanti setiap hari
Di dalam sepi aku menanti

Seandainya satu hari aku pergi
Akankah kau tangisi pemergianku ini
Akankah renungi wajah ku ini
Akankah aku diingati

Sebak di dada
Hanya terasa dalam luka
Airmata ku yang mengalir di pipi
Bagaikan tiada henti

Rindu Di Air Kolam

Hanya kau yang berada dihati
Dirimu tetapku nanti
Walaupun kau selalu datang dan pergi
Dirimu tetap ku rindui

Sudah cukup derita di dalam hati
Oleh kerana insan bernama lelaki
Tetapi engkau membuka pintu hatiku
Dan aku tertarik padamu

Luka ku masih dalam
Seperti air di dalam kolam
Kesakitannya sudah terhenti
Tetapi parut masih disini

Aku tahu luka itu akan berdarah lagi
Kerna hatimu tidak ku curi
Akan ku katakan
Cintaku tidak menantikan balasan

Parut itu masih disini
Hanya menunggu waktu terhenti
Kau mengubati luka yang berdarah
Tetapi parutnya sentiasa ada

Setiap hari ku menanti kehadiranmu
Kerna aku sentiasa merindui dirimu
Sayunya hatiku memendam rindu
Kerna aku hanya menatapmu dari jauh

Rindu dihatiku
Hanya tuhan sahaja yang tahu
Aku tidak dapat beruda denganmu
Tidak dapat aku menghilangkan rindu

Hanar ! Hello ! I'm back ! I choose to update again not because i want to talk about monster or yada yada. I wanted to put my malay poetry that i've written since like years ago. I think i need some space some where to compile it all. HEE HEE. So if anyone is reading this, whatever happens in 2010, IT IS ALL PAST. I've even forgotten what it's all about. But i choose not to delete and keep it because some of it has some sort of poetry in it. So yeah. Most of my poetry is in malay. So.. gg to those who can't understand or read :D