Setapak demi setapak
Aku lalui jalan yang gelap ini
Hati ku masih berdebar
Di manakah akhirnya
Seram mula menyelubungi diriku
Berdiri semua bulu romaku
Hanya kegelapan yang memeluk tubuhku
Tiba-tiba
Angin deras menyapa pipiku
Aku berhenti kaku di situ
Jiwa ku terasa
Seperti ada sepasang mata yang memerhati
Keberanian ku tanam di dalam jiwa
Ku menoleh
Tetapi tiada bayangan
Aku cuba melangkah lagi
Harus aku habiskan apa yang telah ku mulakan
Cuma aku berharap
Ada cahaya di penghujungya
Jalan yang gelap semakin sempit
Terasa dinding itu menyepitku
Di saat mataku menangkap sebuah cahaya
Hati yang mula berlonjak tetiba terasa takut
Benar
Seharusnya aku gembira
Kerana aku ingin melihat cahaya di dalam kegelapan itu
Tetapi kini
Ada dua cahaya yang ku lihat
Aku keliru
Cahaya yang putih itu
Atau
Cahaya yang merah
Harus aku tuju
Suatu suara tetiba menyapa
Gegendang telinga ku cuba mengenali suara itu
"Pilihlah kamu
Diantara dua
Satu adalah kebaikan
Satu adalah keburukkan
Andai kamu telah memilih
Akan cahaya itu menyuluh jalan hidupmu
Cahaya itu akan menemani sepanjang perjalananmu"
Haruskah aku memilih yang putih
Atau yang merah
Mahukah aku hidup dalam keterangan merah
Yang akan menyakitkan mata
Sedangkan putih akan menerangkan segala yang ada
Aku keliru
No comments:
Post a Comment